Takaful myGenlife

Perlindungan untuk manfaat kematian sehingga umur 99 tahun, berkonsepkan simpanan.....

Wednesday 7 March 2012

Kemalangan Pekerja Meningkat
Oleh SUHANA MD. YUSOP
suhana.yusop@kosmo.com.my / 25.02.2012
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2012/0225/Kosmo/Negara/ne_11.1.jpg
K. Selvarajah
 
KUALA LUMPUR – Kes kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja menunjukkan peningkatan sebanyak 2,773 kes atau 12.58 peratus daripada 22,036 kes pada tahun 2010 kepada 24,809 kes tahun lalu.
Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), K. Selvarajah berkata, kes kemalangan tersebut meningkat berpunca daripada tabiat memandu dalam keadaan tergesa-gesa dan laju serta memotong kenderaan secara berbahaya.
Katanya, peningkatan kemalangan ketika ke tempat kerja turut disumbangkan oleh peningkatan bilangan pekerja menunggang motosikal ke tempat kerja.
‘’Semua orang mahu berjimat dan cepat sampai ke tempat kerja, mereka naik motosikal dan kemudian menunggang dengan laju dan cuai. Begitu juga dengan yang membawa kereta.
“Berdasarkan kajian kami, lelaki menyumbang kepada 80 peratus daripada jumlah kemalangan pekerja dalam perjalanan ke tempat kerja pada kadar nisbah empat lelaki bersamaan seorang wanita,” katanya.
Beliau sebelum itu merasmikan Majlis Pembentangan Hasil Kajian Kemalangan Perkeso 2012 di Menara Perkeso di sini semalam
 

No comments:

Post a Comment