Takaful myGenlife

Perlindungan untuk manfaat kematian sehingga umur 99 tahun, berkonsepkan simpanan.....

Sunday 4 March 2012

Untung BIMB, Takaful Malaysia melonjak
Oleh Mahanum Abdul Aziz (2012/02/29) Berita Harian

 

KEUNTUNGAN operasi tinggi dijana Bank Islam Malaysia Bhd dan Syarikat Takaful Malaysia Bhd, melonjakkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBZT) BIMB Holdings Bhd sebanyak 47 peratus kepada RM567.6 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011.

Bank Islam dan Takaful Malaysia masing-masing mencatatkan peningkatan keuntungan operasi sebanyak 21 peratus dan 94 peratus.
Keuntungan bersih BIMB Holdings yang boleh diagihkan kepada pemegang sahamnya dalam tahun kewangan dikaji ialah RM204.4 juta, naik 33 peratus.
“Pertumbuhan pendapatan bersih kumpulan didorong pendapatan berasaskan dana dan bukan dana yang tinggi, serta kualiti aset lebih baik Bank Islam serta keuntungan menggalakkan perniagaan takaful.

“Pendapatan yang tinggi itu menyumbang kepada pertumbuhan pembiayaan bersih sebanyak RM2.3 bilion atau 19.2 peratus kepada RM14.1 bilion sehingga 31 Disember 2011 berbanding RM11.8 bilion sebelumnya, berikutan peningkatan pinjaman pengguna,” kata kumpulan perbankan dan kewangan Islam itu, dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam tahun kewangan dikaji, pembiayaan terjejas kasar kumpulan itu susut 31.2 peratus kepada RM379.8 juta daripada RM552.2 juta pada 31 Disember 2010, sementara pembiayaan terjejas bersih berada pada paras negatif iaitu sebanyak RM45 juta berbanding RM128 juta dalam tempoh sama.

Berikutan itu, nisbah pembiayaan terjejas kasarnya jatuh kepada paras 2.61 peratus, berbanding 4.50 peratus pada akhir Disember 2010, dan nisbah terjejas bersih juga turut jatuh ke paras negatif iaitu pada paras 0.31 peratus pada akhir Disember tahun lalu, berbanding 1.08 peratus tahun sebelumnya.
Mengulas prestasi Bank Islam, Pengarah Urusannya, Datuk Seri Zukri Samat berkata, pihaknya berjaya mencatatkan keputusan kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 dengan PBZT meningkat 36.5 peratus kepada RM470.1 juta didorong prestasi kukuh dalam pertumbuhan pembiayaan serta pertumbuhan stabil dalam deposit pengguna teras kos rendah.

“Jumlah pendapatan bank itu berkembang 10.5 peratus atau RM123.1 juta kepada RM1.18 bilion, manakala pendapatan bukan dananya meningkat 52.3 peratus atau RM78.7 juta kepada RM229.1 juta, berikutan pendapatan pelaburan tinggi, keuntungan daripada tukaran wang asing dan peningkatan pendapatan berasaskan yuran,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, deposit pengguna bank Islam itu berada pada paras RM28.3 bilion pada akhir Disember 2011, dengan akaun simpanan dan semasa menguasai 43.4 peratus daripada jumlah itu berbanding 39.7 peratus pada akhir Disember 2010.

Sementara itu, Takaful Malaysia mencatatkan PBZT RM101.4 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011, didorong lebihan pendapatan yuran takaful am dan keluarga serta wakalah.

Dalam tempoh itu, syarikat takaful itu mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM1.4 bilion termasuk RM1.1 bilion dalam sumbangan kasar dan RM211.8 juta dalam pendapatan pelaburan.

Mengenai prospek tahun kewangan semasa, Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutif Kumpulan BIMB Holdings, Johan Abdullah berkata, pihaknya mengunjurkan pembiayaan bersih Bank Islam akan terus meningkat tahun ini dengan peningkatan portfolio kredit yang berkualiti.
Ko

No comments:

Post a Comment